Tuah Yatt Hamzah dilamar jadi duta Felinna
14 Mac 2013
Yatt Hamzah
Yatt Hamzah menjadi duta produk kecantikan Felinna Beauty, XLoss.
Siapa sangka selepas berhijab rezeki pelakon dan pengacara Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 33, semakin melimpah ruah apabila dia kini dipilih menjadi duta produk kecantikan Felinna Beauty, XLoss.
Menjadi pelanggan setia Felinna sebelum dilantik sebagai duta, lamaran yang ditawarkan pihak Felinna amat dihargainya selain bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH.
“Saya bersyukur kepada ALLAH yang telah menambahkan rezeki kepada saya dengan menjadi duta kepada produk Felinna. Memandangkan produk ini tidak asing bagi saya kerana sebelum ini saya menjadi penggunanya tetap, rasanya mudah untuk saya memainkan peranan saya sebagai duta," kata ibu kepada seorang anak ini.
Selain itu, Yatt berkata, dia yakin dengan kesucian produk tersebut. Selain gabungan bahan-bahan yang terpilih, ia turut diformulasikan dengan 30 juzuk bacaan al-Quran.
Sementara itu, Pengarah syarikat Felinna, Muhammad Rafie Ramli berkata, pemilihan Yatt sebagai duta produk dilihat mampu memberi kelainan kerana dia memiliki kriteria yang diimpikan.
"Yatt dipilih kerana mempunyai faktor tersendiri di mana dia sebelum ini telah menjadi pelanggan setia produk Felinna.
"Dari sudut peribadi, dia seorang yang peramah dan mudah bekerjasama.
"Kami yakin penampilan Yatt sebagai duta mampu menarik orang ramai untuk mengenali lebih lanjut tentang produk Felinna," katanya pada majlis pelancaran produk kecantikan Felinna Beauty, XLoss di Hotel Flamingo Ampang, baru- baru ini.
Dalam pada itu, pihak Felinna yang diwakili oleh Nadea Felinna Ed Fatah dan suami, Rafie Ramlie turut menyumbangkan RM50,000 kepada Tabung Dana Palestin, melalui badan bukan kerajaan, Usrah Fitrah.
Sumbangan tersebut merupakan hasil jualan yang diperoleh menerusi potongan RM1 bagi setiap produk berkenaan untuk disalurkan ke tabung tersebut.

No comments:
Post a Comment